Kita baru dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak pada hari Rabu lepas, 4/6/2008. Kenaikan yang mendadak itu mengejutkan kita. Kebetulan waktu hari diumukan tu, aku, husband dan 2 org anak lelaki aku dalam perjalanan balik ke rumah. Petang tersebut hujan turun dengan selebat-lebatnya. Aku satu family waktu tu dalam perjalanan ke Curve. Adus, terpaksa redah hujan lebat dgn air penuh kat jalan tapi terpaksa teruskan gak sebab ada barang penting yg perlu dibeli untuk dipakai esok.
Waktu perjalanan balik ke rumah, aku singgah di tadika sebab tertinggal kura-kura anak aku kat situ. Dah 3 hari lebih kura-kura tu tak makan sebab aku terlupa nak ambik. Nasib baik la ko masih hidup Labi. Kemudian kitaorg teruskan perjalan balik. Waktu kitaorg lalu kat stesen minyak, tu dia.. penuh kereta beratur. So, kitaorg pun konon-kononya nak jugak la ikut sekali pesta beratur tu. Jumpa satu stesen minyak, masuk barisan beratur. Dekat 1/2 jam tunggu, kereta tak bergerak-gerak. Dok kat situ je. At last, kitaorg pun keluar barisan terus balik rumah. Pikir2 balik, kalo dpt isi pun boleh la tahan 2-3 hari, pas tu kene isi balik. Sama je lebih kurang. Daripada habiskan minyak beratur lama2, baik terus balik. Jam pun dah dekat kul 10 mlm.
Baru-baru ni Gabenor Bank Negara meramalkan inflasi akan naik berikutan kenaikan harga minyak. Ini bermaksud, kuasa membeli akan kurang. Orang akan lebih berhati2 sewaktu berbelanja. Jika kuasa membeli kurang, aliran duit berkurangan. In other word, this is not a good news to our country. Investor dari luar akan kurang melabur. Akibatnya kemungkinan negara akan kekurangan duit. Mungkin...
Kita seharusnya ambil contoh dari negara2 yg membangun seperti Jepun atau Singapura dalam perkhidmatan awam. Kat Malaysia, kalo nak berjalan guna perkhidmatan awam, cukup punya susah dan lambat. Contohnya la cam aku ni nak pergi ke Sg. Buloh. Kalo naik pengangkutan awam, kene naik bas ke KL dulu, tukar bas lak yg pegi ke Sg. Buloh. Padahal kalo naik kereta, leh terus ke Sg. Buloh. Dalam 1/2 jam dah sampai. Tapi kalo naik bas rasa mau dekat 2 jam baru sampai. Satu lagi, LRT, KOMUTER, STAR LINE, MONORAIL sepatutnya diperluaskan lagi rangkaiannya.
Misal kata la, org dari Subang atau Puchong nak ke KL naik LRT, kene gi ke stesen LRT Kelana Jaya atau Komuter Batu 3 atau Seri Setia untuk ke KL. Cam aku ni, kalo nak ke KL naik LRT, kene drive ke LRT KJ dulu. Gi sane je dah 1/2 jam drive. Cari parking lagi dah dekat 5-10 min. Nak drive ke KL, tau je la pagi2 cam ne. Jem dan agak jauh dari rumah aku. Bayangkan banyak mana nak kene guna petrol. Kalo la kerajaan betul2 kaji dan buat pelan betul2 untuk perkhidmatan awam, I'm sure our public transport is easy to access. Kalo harga minyak naik pun, kita tak la risau sgt sebab ada public transport.
Masa aku gi Jepun dulu, aku tengok kat sana diorg nyer public transport mmg superb. Aku sendiri tengok pun pening. Tapi diorg kat sana pergi kerja mmg naik public transport je. Kalo kat area rumah nak jalan dekat2 dlm range 1-5 km, diorg naik basikal je. Kereta jarang sekali digunakan. Bas diorg pun on time and clean. Compare to us? You know the answer right!
Friday, June 6, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)